Di situ aku lihat dirimu
Termenung setia menungguku
Tak ada lelahmu menunggu diriku di situ
Ku tahu ku takkan pernah bisa
Hidupku sendiri tanpa kamu
Tak ada lelahmu menunggu diriku di situ
Bahagia dalam hati ini
Cinta kamu sehidup semati
Rasa ini takkan mati
Ku tak bisa sendiri tanpamu
Cinta kamu abadi untukku
Cinta ini takkan mati
Bahagia dalam hati ini
Cinta kamu sehidup semati
Rasa ini takkan mati (takkan mati)
Ku tak bisa sendiri tanpamu
Cinta kamu abadi untukku
Cinta ini takkan mati
Di situ aku lihat dirimu
Termenung setia menungguku
Sabtu, 14 Julai 2012
Cinta Ini Takdirku-Bab 45
Selesai sesi terapi, Kamalia dan adiknya ke pusat bandar untuk membeli beberapa barangan keperluan harian dan juga pergi membeli sebatang tongkat untuk kegunaan Kamalia.
Sedang mereka berada di pasaraya, telefon bimbit Kamalia berdering. Kamalia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Dia terkejut bila terlihat nama Zarin tertera di skrin telefon bimbitnya. Terasa berat hati juga untuk menjawab panggilan telefon itu. Namun demi sebuah persahabatan, Kamalia menjawab juga panggilan itu.
“Hello”
“Hello Sayang”
“Ada apa awak cari saya?”
Mendengar suara Zarin, Kamalia terasa seumpama luka lama berdarah kembali. Terasa seperti ingin memaki hamun lelaki itu. Namun Kamalia seorang wanita yang cekal. Kisah antara dia dan Zarin telah dianggap sebagai satu suratan. Kamalia dah lama menerima semuanya dengan redha. Dia yakin semua yang telah berlaku antara dia dan Zarin pasti ada rahmat di sebaliknya.
“B nak minta maaf sayang.”
“Saya dah lama maafkan awak”
''“Maksudnya sayang boleh bagi B peluang sekali lagi?”
“Seperti saya katakan, saya dah maafkan awak. Namun itu tidak bermaksud saya boleh menerima awak semula.”
“Please sayang, B janji akan menjadi lelaki yang terbaik untuk sayang. Kita mulakan hidup baru yer sayang.”
“Awak, dulu saya pernah memberi awak peluang. Namun peluang itu awak sia-siakan. Awak layan saya umpama patung. Awak kutip dan campak saya sesuka hati. Namun saya tidak pernah menyalahkan awak. Saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya relakan awak pergi mencari cinta sejati. Kini saya harap benda yang sama dari awak. Jangan mengharapkan cinta dari saya lagi. Anggaplah segala apa yang telah berlaku antara kita sebgai sebuah memori yang tak boleh diulangi lagi.”
“But sayang….”
“Awak tolonglah, jangan menghalang saya. Izinkan saya mengecapi kebahagiaan yang selama ini saya harapkan dari awak namun akhirnya awak gagal memberikannya pada saya. Sebaliknya awak hadiahkan saya keperitan dan kesengsaraan sebagai membalas cinta suci saya pada awak dulu.”
“Sayang please jangan cakap macam tu. B tahu B silap selama ini. B tersalah pilih antara kaca dan permata.”
“Adakalanya kaca itu jauh lebih bernilai dari permata. Saya doakan kebahagiaan awak. Carilah cinta yang sejati bukan cinta yang boleh di jual beli.”
Tanpa menunggu Zarin berbicara lagi, Kamalia segera mematikan telefon bimbitnya. Dia dah meluat mendengar pujuk rayu lelaki itu. Mungkin suatu ketika dulu, Kamalia akan mengalah dan memberi peluang pada Zarin tapi kini tidak lagi. Hatinya tiada lagi istilah cinta untuk lelaki itu. Cinta yang pernah wujud dulu telah terpadam dengan kekejaman Zarin terhadapnya.
“Akak ok?” Jelas terpamer kerisauan di wajah adiknya.
“Akak ok. Don’t worry. Jom kita balik. Akak dah janji dengan mak kita akan balik awal”
“Kalau camtu, jom la akak”
Kamalia dan adiknya berjalan beriringin keluar dari pasaraya tersebut. Kamalia dah boleh berjalan perlahan-lahan mengunakan tongkat yang baru dibelinya. Adiknya membantu memegangnya. Takut sekiranya kakak dia terjatuh.
——————————————————-
“Abang rasa betul ke tindakan kita tu. Bagaimana kalau Lia tak setuju? Mak Kiah bertanya pada Pak Derus.
“Ala awak jangan la risau. Saya yakin dengan Aswad. Dia tahu apa yang terbaik untuk Lia”
“Tapi Abang, perkara ini melibatkan masa depan Lia. Saya tak nak anak kita merana nanti hanya kerana kita melakukan sesuatu tanpa persetujuannya.”
“Awak jangan la risau. Kan Aswad dah terangkan semuanya. Saya yakin jodoh ini sememangnya telah tertulis untuk Lia”
“Saya harap begitulah Abang. Berdebar je hati saya ni nak tunggu Lia balik dan ceritakan semuanya pada dia. Abang sahajalah yang beritahu dia ya.”
“Apa pula saya yang kena bagitahu. Awak kan mak dia. Awak la yang bagitahu. Lagipun dia kan rapat dengan awak. Sama-sama perempuan lagi mudah untuk bersembang kan.”
Belum sempat Mak Kiah membuka mulut, terdengar suara boboy menjerit.
“Yeay Yeay..Mama Lia dah balik. Yeay Mama Lia dah boleh berjalan.”
Terkejut mak dan ayah Kamalia mendengar perkataan boleh berjalan. Mereka berdua segera keluar dari ruang tamu dan ternampak Kamalia tengah tersenyum berjalan menuju ke arah mereka menggunakan tongkat.
“Lia dah boleh berjalan. Syukurlah sayang.” Mak Kiah segera memeluk anak gadisnya. Air matanya berlinangan. Bersyukur kerana akhirnya anak perempuannya itu boleh berjalan semula walaupun terpaksa menggunakan tongkat.
“Esok abang nak buat kenduri doa selamat. Kita jemput jiran-jiran yer Kiah.” Terpamer keceriaan di wajah Pak Derus. Dia menadah tangan dan bersyukur ke hadrat Ilahi, kaki anaknya dah semakin pulih.
Kamalia turut tersenyum. Terasa dirinya begitu bertuah mempunyai ibu dan ayah yang cukup mengambil berat, keluarga yang penyayang dan seorang anak angkat yang amat menyayanginya.
Mereka semua berjalan masuk ke ruang tamu semula. Adik Kamalia segera ke tingkat atas. Kamalia pula duduk menemani ayah dan ibunya sambil merehatkan badannya yang agak letih. Boboy pula duduk bersama mereka bertiga sambil membelek sebuah buku yang baru dibelikan Kamalia untuknya.
“Lia, boleh mak cakap sedikit.” Mak Kiah memulakan bicara memecahkan kesunyian antara mereka.
“Ada apa mak?”
“Siang tadi ada rombongan datang merisik Lia. Kata Aswad Lia dah tau”
Kamalia sedikit terkejut mendengar ada rombongan yang merisiknya ketika dia tiada di rumah. Ya dia memang tahu Aswad akan menghantar rombongan merisik tapi dia tidak sangka Aswad akan merisik dia secepat itu.
“Ya mak, Abang ada cakap nak bawa rombongan merisik. Tapi Lia tak tahu pula rombongan itu akan datang hari ini” Kamalia meluahkan dengan jujur.
“Lia dah bersedia untuk menjadi isteri orang?” giliran Pak Derus pula bertanya.
Kamalia hanya menganggukkan kepalanya sebelum memulakan bicara.
“Mak dan Ayah dah berikan persetujuan?”
“Mak dan Ayah dah bersetuju. Lagipun Mak masih ingat Lia pernah beritahu mak yang Lia akan terima sesiapa sahaja yang merisik dengan restu mak ayah kan”
“Yer mak.” Ringkas sahaja jawapan Kamalia.
“Tarikh dah ditetapkan bulan depan. Mak dan ayah dah bersetuju dengan keluarga pihak lelaki untuk menggabungkan tarikh pertunangan dan perkahwinan. Lia tak kisahkan?”
Sekali lagi Kamalia hanya mengangguk. Entah mengapa tiada rasa riang di hatinya. Sebulan lagi dia bakal menjadi seorang isteri. Namun terasa berat hatinya kerana dia bakal menjadi isteri kedua.
“Mak Ayah, Lia masuk bilik dulu ya” Kamalia segera meminta diri. Terasa kata-kata yang disampaikan mak dan ayahnya tadi terlalu berat untuk diterima hatinya. Namun dia tetap redha pada semua ketentuan dariNYA.
Langgan:
Ulasan (Atom)

